Friday 14 October 2011

Antara dulu & kini..jahiliyah..!



JAHILIYAH DAHULU :
Wanita- wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih, pada bila-bila masa yang disukainya...


JAHILIYAH MODEN :
Usahkan rumah,kini..bilik hotel,kelab malam, malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan yang HARAM.


JAHILIYAH DAHULU :
Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.


JAHILIYAH MODEN : 
Tidak hairan sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina menjadi amalan mereka.Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskanhawa nafsu semata-mata, sedangkan ia tidak akan pernah kenyang.


* JAHILIYAH DAHULU :
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki- lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan nanti.


JAHILIYAH MODEN :
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti 'sampah'.




# Jelaslah bahawa Jahiliyah moden adalah lebih ekstrem impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan jahiliyah dahulu (sebelum kedatangan islam) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan  dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya..kini, wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya. Adakah anda rela sekiranya pengabaian hukum hijab ini terus berlaku? Jika tidak, kekalkan hijab anda dan bantu mereka yang di sekelilinng anda untuk menyelami kata hijab yang sebenar...






^ sumber : ustazah syaqilla. ^

0 comments:

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP