Wednesday, 2 November 2011
Sunday, 30 October 2011
✿ menjaga hati ✿
Bismilahirrahmanirrahim..
~ > Kenapa wanita harus membiarkan air mata mengalir?
Kerana..air mata adalah identiti wanita..air mata juga adalah kehidupan wanita..
~ღღ~When I cry..
I see you in my tears,but I clean my tears..
therefore, no one can see you ~ღღ ~
"Hatiku adalah hati wanita, mudah tersentuh dan terurai..maka jagalah hatiku dengan sepenuh hati"
Posted by Halwa Naurah at 19:26 0 comments
Labels: kalbuku
Friday, 14 October 2011
♥surat cinta untuk calon suamiku♥
Posted by Halwa Naurah at 14:27 0 comments
Labels: cintaku
Antara dulu & kini..jahiliyah..!
* JAHILIYAH DAHULU :
Wanita- wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih, pada bila-bila masa yang disukainya...
JAHILIYAH MODEN :
Usahkan rumah,kini..bilik hotel,kelab malam, malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan yang HARAM.
* JAHILIYAH DAHULU :
Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.
JAHILIYAH MODEN :
Tidak hairan sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina menjadi amalan mereka.Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskanhawa nafsu semata-mata, sedangkan ia tidak akan pernah kenyang.
* JAHILIYAH DAHULU :
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki- lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan nanti.
JAHILIYAH MODEN :
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti 'sampah'.
# Jelaslah bahawa Jahiliyah moden adalah lebih ekstrem impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan jahiliyah dahulu (sebelum kedatangan islam) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya..kini, wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya. Adakah anda rela sekiranya pengabaian hukum hijab ini terus berlaku? Jika tidak, kekalkan hijab anda dan bantu mereka yang di sekelilinng anda untuk menyelami kata hijab yang sebenar...
^ sumber : ustazah syaqilla. ^
Posted by Halwa Naurah at 13:58 0 comments
Labels: renungan
Sunday, 9 October 2011
wahai hawa..rambutmu
Bismillahirrahmanirrahim.
ketahui lah..apabila seorang lelaki mengahwini kamu..perkara pertama yang dia ingin melihat ialah rambutmu..jadi, jagalah rambutmu wahai kaum Hawa, biarkanlah rambutmu itu dilihat oleh seorang lelaki yang sah menjadi milikmu kelak..iaitu lelaki yang bergelar suami..
Satu Helai rambut yang dilihat oleh seorang lelaki yang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita
2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 7000 patukan
...jika semua helai rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan..
nauzubillah..
...jagalah aurat kamu wahai kaum Hawa, sebelum terlambat
Berdoalah supaya Allah S.W.T. menjauhkan kita daripada Azab-Nya yang cukup dahsyat.
Aamiin.
Posted by Halwa Naurah at 21:51 0 comments
Labels: renungan
wanita dan...
Bismilahirrahmanirrahim.
ketika di rumah...
* Atikah : Ayah..ayah nak minum apa?kopi?Teh?Teh O?Susu?
* Ayah : Tak pelah..tak payah susah-susah..milkshake satu pun cukuplah...huhu
* Atikah : Baik ayah..:)
Begitulah sikap Atikah..dia seorang anak yang taat terhadap ibu bapanya.Di samping itu,dia juga memiliki wajah yang manis.Hasilnya,adik-beradik Atikah selalu mencemburui kelebihannya itu...
Akan tetapi..sudah menjadi lumrah dunia,setiap makhluk yang bergelar manusia pasti memiliki kelemahan..begitu jugalah dengan Atikah..
Hmm..dan apakah kelemahannya itu???
HAHAHA...HAHAHA..HAHAHA...
Oh tidakkkk!!!dia suka ketawa besar!
Di sekolah pun sama...
Apabila Atikah berkumpul dengan kawan-kawannya,mereka pasti akan berjenaka...Pada setiap kali itu jugalah dia akan ketawa besar.
* Atikah :Huarghh...hahaha!kelakarnya!hahaha!
Tanpa disedarinya,dia telah menakutkan orang-orang di sekelilingnya.
Apabila dia menyedari kawan-kawanya menjauhkan diri..
* Atikah : Ups!saya tergelak kuat lagi,ya?maaf..
Sudah banyak kali dia ditegur oleh kakaknya..tetapi sukar benar bagi Atikah untuk mengubah tabiat buruknya itu.
* kakak : Oit,buruklah anak dara ketawa gitu ! (smbil menyekeh kepala adiknya,Atikah)
padanlah,cara kakaknya tegur pun tak betul..!
(p/s : Jangan tegur orang dengan cara ini.kalian akan memburukkan lagi keadaan.tegurlah secara berhemah)
Sehinggalah pada suatu hari,di kelas mata pelajaran Akhlak..
* Ustazah : Umat Islam dilarang ketawa besar kerana ia merupakan punca hati menjadi keras.
ketika itu..Atikah berfikir...
Hati keras?Apa tu?Hati yang tak boleh dihancurkan dengan apa cara sekalipun ke? (sambil membayangkan kapak,pedang,tombok tuk memecahkan jika hati menjadi keras)
# Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik.Senyum Rasulullah S.A.W. itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.
# Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin."
# Menurut Imam Hasan Al-Banna, ketawa yang hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yang sedikit dan beradab (krn ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang), manakala ketawa yang "haram" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan hati.
# Rasulullah S.A.W. telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda :
"Kalaulah kamu tahu apa yanh aku ketahui,nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa."
Setelah sekian lama mengkaji barulah Atikah menemui jawapannya..
Keras hati bererti hati kita sudah tertutup daripada menerima Hidayah dan Inayah-Nya.Ianya sangat menyesatkan ! Semenjak itu, Atikah banyak menangis..dan hanya tersenyum tuk menggantikan ketawanya.. :)
Akhirul kalam..Oleh sebab tabiat buruk Atikah sudah berubah..ramai memuji sikapnya dan dapat bergaul rapat dengannya..
* Orang Ramai : Haa..macam ni kan bagus ! Macam Rasulullah S.A.W. yang sentiasa menggantikan ketawa dengan senyuman.
Alhamdulilah..akhirnya Atikah pun berubah menjadi insan yang lebih baik..
~> Sesiapa yang banyak ketawa di dunia, nescaya dia akan banyak menangis di akhirat..
manakala sesiapa yang banyak menangis di dunia, nescaya dia akan banyak ketawa di akhirat kelak.<~
.
Posted by Halwa Naurah at 17:29 0 comments
Labels: ceritera
Saturday, 8 October 2011
Tips cantik untuk muslimah..dan hakikat kecantikan seorang muslimah
Bismilahirrahmanirrahim.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
Disini ada beberapa tips2 untuk lebih cantik dan menarik :~
* Jadikan Ghadul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "Hiasan Mata" anda,
nescaya akn semakin bening dan jernih.
* Oleskan "Lipstick Kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
* Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang dibuat dari salon Iman.
* Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang
anda lakukan.
* Rawatlah rambut andan dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan
kelemumur pandangan lelaki merbahayakan.
* Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang "Tawaduk" dan jari-jari anda dengan
dengan cincin "Ukhuwah".
* Sebaik-baiknya rantai anda adalah rantai "kesucian".
* Bedaklah wajah anda dengan "Air Wuduk",nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.
Hakikat Kecantikan seorang muslimah...
Setiap wanita selalu menginginkan dirinya selalu tampil cantik. Seakan kecantikan seperti telah menjadi sebuah keharusan untuk diri seorang wanita.Kecantikan umumnya tidak bisa dilepaskan dari perhiasan, kosmetik, mode, cara berjalan, cara tersenyum, dan beragam cara-cara agar cantik.Kecantikan dan keindahan merupakan salah satu fitrah yang dimiliki setiap wanita.
Cantik dan perasaan ingin cantik adalah nikmat dari Allah swt yang diberikan kepada setiap wanita.Oleh karena itu, kecantikan dan apapun yang ada pada diri wanita sesungguhnya anugerah sekaligus ujian (fitnah).Cantik yang alami dan agung sebenarnya adalah yang terpancar dari dalam hati atau jiwa manusia itu sendiri. Seperti nilai keikhlasan, kesabaran, kejujuran, dan suka menolong makhluk ciptaan-Nya.Ibu Abbas berkata :" Sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya di dalam hati, membersihkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki dan menumbuhkan rasa cinta dihati manusia kepada-Nya. (Tafsir ibnu Katsir)
Secantik apapun wanita itu manakala perilaku dan akhlaknya rusak, maka lunturlah kecantikannya.Ketika seorang muslimah yang shalihah memahami akan hakikat kehidupan di dunia ini, maka hatinya senantiasa dipenuhi kerinduan kepada Allah SWT. hatinya di liputi oleh keimanan dan selalu berusaha memurnikan ibadahnya kepada Allah . Hatinya selalu takut dan terikat dengan Rabb nya.InsyaAllah
Posted by Halwa Naurah at 23:50 0 comments
Labels: hawa












