Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Friday, 29 March 2013

kuatnya iman sang pemuda

بسم الله الرحمن الرحيم


Kedengaran pancuran air di bilik mandi, tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda bersiap- siap menyahut panggilan azan subuh. Usai berpakaian dan berwuduk berjalanlah dia menuju rumah Allah s.w.t.


      Tiba- tiba dia terjatuh sehingga pakaiannya comot. Lantas dia bangkit dan kembali semula ke rumahnya. Selepas menukarkan baju dia berwuduk lagi, lalu meneruskan perjalanan ke masjid. Malang tidak berbau, dia kembali jatuh di tempat yang sama. Cepat- cepat dia bangkit dan kembali ke rumah demi menukar pakaian yang lain. Dia mengambil wuduk yang baru buat kali ketiga.

    Setengah perjalanan menuju, dia bertemu dengan seorang lelaki tua memegang lampu. Pemuda  itu menegur orang tua itu. Si tua itu memulakan bicaranya, " saya lihat kamu sudah dua kali terjatuh ketika menuju masjid dan kerana itu saya membawakan lampu supaya dapat menenrangi perjalanan kamu." Pemuda itu terkejut dan dengan segaris senyuman dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan si tua itu. Sampailah mereka berdua di masjid, pemuda itu mengajak si tua itu untuk bersolat bersamanya. Lelaki tua itu menolak, namun si pemuda itu mengajak lagi buat kali kedua, si tua tetap memberikan jawapan yang sama.

      Akhirnya, orang tua itu mengaku dia adalah syaitan yang direjam. Sungguh terkejut pemuda itu. Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, aku lah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, tanpa kamu ketahui Allah s.w.t. telah memaafkan semua dosamu.

     "Tanpa berputus- asa aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itu pun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu memutuskan untuk kembali ke masjid. Dan kerana itu Allah s.w.t. telah memaafkan dosa- dosa seluruh ahli keluargamu. Aku tidak meneruskan perbuatanku kerana khuatir Allah s.w.t akan memaafkan dosa- dosa seluruh penduduk kampungmu. Jadi kerana itulah aku perlu memastikan kamu sampai ke masjid dengan selamatnya, " ucap si iblis itu lagi.


*Gigihnya pemuda itu mengejar ganjaran pahala bersolat di masjid  walaupun terpaksa berulang kali.
sumber--> media cetakan, 29/3/2012,

Monday, 25 March 2013

alangkah baiknya jika..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada seorang lelaki sedang nazak. Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar difahami oleh orang lain. Katanya, "Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, alangkah baiknya kalau banyak." Shabat tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya kepada Rasulullah s.a.w., sabda Rasulullah :

Yang Pertama : Semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh rotinya yang dimakan kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh roti tiu, Allah tunjukkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata, " Alangkah baiknya kalau semua."

Yang Kedua : Lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dengan seorang orang tua yang kesejukan. Lantas dia memberikan bajunya yang tidak seberapa baru kepada orang tua itu dengan hati yang ikhas. Allah telah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah itu. Kerana itulah dia berkata, "Alangkah baiknya kalau baru."

Yang Ketiga : Sabda Rasulullah, satu hari lelaki ini pergi masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambar pergerakannya. Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya bersolat. Malangnya lelaki tua itu seorang Yahudi. Lalu lelaki tua itu menghantar orang tua itu ke rumahnya. Satu tangan yang dipimpin kerana Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. Sebab itulah, lelaki ini berkata, "Alangkahnya baiknya jika banyak."



*Tidaklah akan berkurang harta yang diinfaq/ disedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan mengantikannya dengan berlipat kali ganda.

Sunday, 22 April 2012

keberkatan seutas rantai

Salam'alaik semua..Alhamdulilah, ringan sungguh tangan niy nak menaip sebuah cerita untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca..
Nak tahu post kali niy menceritakan tentang sape, kenape  dnn sebagainye..jom kita baca dan ikuti cerita niy..

*cerita ini bukan rekaan semata-mata*


"Mengikut Jabir bin Abdullah Al-Anshari, pada suatu hari setelah menunaikan solat, Rasulullah s.a.w. duduk menghadap kiblat dan para sahabat duduk di sekelilingnya. Maka datanglah seorang Arab Badwi yang sudah lanjut usia dan badannya nampak sangat lemah. Dia hanya memakai jubah yang lusuh. Rasulullah s.a.w segera bertanya kepadanya. Dengan bibir yang gementar orang tua itu menjawab : "Ya Rasulullah s.a.w., aku sangat lapar. Tolonglah, berikan aku makanan. Aku juga hampir telanjang, tidak mempunyai pakaian selain yang sedang aku pakai ini. Tolonglah, berikan aku pakai seadanya."

"Malangnya, aku tidak mempunyai apa- apa. Tetapi, orang yang menunjukkan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukannya. Cubalah engkau pergi kepada orang yang dicintai Allaah s.w.t. daripada dirinya sendiri, "dia adalah Fatimah r.a, puteriku. Rumahnya dekat sekali dengan rumahku." Jawab Rasulullah s.a.w sambil berkata kepada Bilal bin Rabbah r.a agar menghantar orang tua itu ke rumah Fatimah r.a.

Sebaik sahaja tiba di rumah Fatimah r.a, dengan suara serak orang tua itu memanggil : "Wahai Ahlul Bait Nubuwwah, wahai keluarga Nabi, wahai penghuni tempat yang sering didatangi malaikat, tempat Jibrail a.s. turun membawa wahyu!"

Apabila mendengar suara parau seperti itu, Fatimah r.a. segera keluar. Setelah mengucapkan salam, dia bertanya : "Tuan ini siapa?"

Aku seorang Badwi yang telah tua. Aku datang dari tempat yang jauh, baru sebentar tadi aku berjumpa dengan ayahmu, wahai puteri Nabi. Aku sangat lapar dan tidak mempunyai pakaian. Tolonglah aku, semoga Allaah s.w.t. melimpahkan rahmat-Nya kepadamu." Katanya dengan penuh mengharap.

Melihat orang tua itu memandang wajahnya terus-menerus, Fatimah r.a. menjadi serba salah. Dia bingung memikirkan apa yang dapat diberikan. Dia sendiri bersama suaminya sudah tiga hari berpuasa kerana tidak mempunyai bekalan makanan.

Dia sangat hairan, mengapa ayahandanya menyuruh orang itu datang ke rumahnya. Padahal Baginda s.a.w tahu betapa susahnya kehidupan yang dialaminya sehari-hari. Tetapi apabila melihat keadaan orang tua yang sangat menagih belas kasihan, Fatimah r.a. tidak dapat membiarkannya. Dia mencari-cari sesuatu yang mungkin dapat diberikan. Akhirnya, diambilnya sehelai kulit kambing alas tidur puteranya, kemudian diberikan kepada orang tua tersebut.

Oang tua itu merasa hairan menerima sehelai kulit kambing, padahal yang diminta adalah makanan untuk menghilangkan lapar dan pakaian untuk menutup aurat. Dengan nada seolah-olah menyesal dia berkata, "Wahai puteri Muhammad, aku datang kepadamu kerana aku lapar dan hampir telanjang. Tetapi, engkau berikan kepadaku sehelai kulit kambing, apa yang boleh aku buat dengan kulit kambing ini?"

Dalam keadaan malu, sedih dan bingung, Fatimah r.a teringat, bahawa dia masih mempunyai benda berharga, seutas rantai yang dihadiahkan  oleh ibu saudaranya, iaitu puteri Hamzah bin Abdul Mutalib, yang juga bernama Fatimah.

Tanpa berfikir panjang lagi, rantai lehernya dibuka lalu diserahkan kepada orang tua itu sambil berkata dengan nada yang ramah dan penuh keikhlasan,"Ambillah ini, mudah- mudahan Allaah s.w.t. mengantikannya dengan yang lebih baik."

Dengan air muka cerah dan berseri-seri orang tua itu membawa seutas rantai ke masjid, tempat Rasulullah s.a.w. berkumpul dengan para sahabatnya. Orang tua itu memberitahu kepada baginda bahawa Fatimah r.a. telah memberinya seutas rantai disertai ucapan," Mudah-mudahan Allaah s.w.t mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik."

Mendengar itu, Rasulullah s.a.w tidak dapat menahan perasaannya sehingga mengeluarkan air mata.

Ammar bin Yasir r.a, salah seorang sahabat yang meyaksikan peristiwa yang sangat mengharukan itu. Dia bertanya,"Wahai Rasulullah s.a.w, bolehkah aku membeli rantai itu?"

Sambil menyapu air mata di pipi, baginda menjawab, "Belilah, jika engkau mahu, wahai Ammar."

Berapa engkau akan jual rantai ini?" Tanya Ammar kepada orang tua yang menerima rantai tersebut daripada Fatimah r.a.

Sama nilai dengan beberapa keping roti dan daging yang dapat menghilangkan rasa laparku, sehelai kain sebagai penutup aurat agar aku dapat menunaikan solat menghadap Tuhanku dan wang satu dinar untuk bekal perjalananku pulang." Jawabnya.

"Baiklah, rantaimu aku beli dengan harga 20 dinar dan 100 dirham serta akan kuberikan roti dan daging untuk menghilangkan laparmu." Kata Ammar. Selain itu, engkau juga akan kuberikan pakaian dan seekor unta untuk pulang kepada keluargamu."

"Alangkahnya baiknya hati kamu!" Kata orang tua itu. Sinar matanya memancar perasaan gembira yang luar biasa menerima tawaran Ammar. Kemudian Ammar membawa orang tua itu ke rumah untuk menerima semua yang dijanjikan.

Setelah semua urusannya selesai, dia kembali menghadap Rasulullah s.a.w dengan perut yang kenyang dan berpakaian rapi serta mengenderai unta. Baginda segera bertanya sambil tersenyum : "Bagaimana keadaan kamu sekarang?Sudahkah engkau kenyang dan cukup pakaian?"

"Ya, wahai Rasul Allaah, aku rasa lebih daripada itu. Bahkan aku sekarang merasa sudah kaya." Katanya dengan gembira.

"Jika begitu, balaslah kebajikan Fatimah r.a terhadap dirimu." Pinta Rasulullah s.a.w.

Lalu orang tua itu segera memandang langit sambil mengangkat tangan : Ya Allaah, yang tiada kusembah selain Engkau. Berilah Fatimah r.a sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga!"

Mendengar doa orang tua itu, Rasulullah s.a.w menoleh kepada para sahabat yang ada di sekelilingnya sambil berkata :

"Sesungguhnya di dunia ini Allaah s.w.t telah memberi kepada Fatimah r.a apa yang dipohonkan oleh orang tua itu. Dia mempunyai ayah seperti aku, seorang utusan Allaah kepada seluruh umat manusai dan alam semesta. Dia diberi seorang suami, iaitu Ali bin Abi Talib r.a yang tiada lelaki setanding dengannya sebagai suami dan Allaah s.w.t telah mengurniakan kepadanya dua orang anak lelaki, iaitu hasan r.a dan husain r.a. Tidak ada anak lain yang menyamai mereka berdua. Kedua-duanya adalah cucu seorang nabi dan akan menjadi pemuda ahli syurga." Setelah berhenti sekejap, baginda berkata lagi:" Apakah kalian masih ingin mendengar tentang kebesaran puteriku, Fatimah?"

Para sahabat menyahut serentak : "Benar, ya Rasulullah!" Kemudian baginda meneruskan kata-katanya :" Telah datang ke[adaku roh suci (JIbrail a.s) memberitahuku, ketika meninggal dunia, di dalam kuburnya, Fatimah r.a akan didatangi oleh malaikat dan akan ditanya :" Siapa Tuhanmu?" Fatimah r.a menjawab :" Allaah Tuhanku." "Siapa Nabimu?" Dia akan menjawab : "Ayahkulah Nabiku." Kata Rasulullah s.a.w sambil  menambah bahawa Allaah s.w.t telah memerintahkan malaikat supaya melindungi Fatimah r.a dan sentiasa menyertai hidupnya hingga didatangi ajal.

Seutas rantai yang telah dibeli oleh Ammmar bin Yasir r.a daripada orang Badwi tersebut segera dibungkus dengan kain disertai wangian. Dia memerintahkan hambanya, bernama Saham supaya menyerahkan bungkusan itu kepada Rasulullah s.a.w dengan pesan, " Berikan bungkusan ini kepada Rasulullah s.a.w dan sekali gus engkau aku serahkan juga kepada baginda."

Rasulullah s.a.w sangat terkejut apabila menerima bungkusan yang didalamnya terdapat seutas rantai dan pesanan seperti itu. Lalu baginda berkata kepada Saham: "Pergilah kepada Fatimah r.a dan serahkan bungkusan yang berisi rantai ini kepadanya. Engkau juga kuserahkan kepadanya."

Tanpa bertanya lagi, pergilah Saham menemui Fatimah r.a di rumahnya dan menyerahkan bungkusan tersebut kepadanya. Fatimah r.a menerima bungkusan tersebut dengan perasaan syukur kepada Allaah s.w.t. Mengenai diri Saham, puteri Rasul Allaah s.w.t berkata: "Dan engkau wahai Saham, mulai saat ini aku merdekakan."

Betapa gembiranya Saham apabila mendengar kata-kata Fatimah r.a itu. Dia ketawa kerana itulah hadiah yang paling berharga sepanjang hidupnya. Fatimah r.a bertanya, "Mengapa engkau ketawa?"

"Aku ketawa kerana merasakan betapa besarnya berkat seutas rantai. Ia telah mengenyangkan perut seorang yang kebuluran, menutup aurat orang yang hampir telanjang, membuat orang miskin merasa kaya dan sekarang rantai tersebut memerdekakan seorang hamba sepertiku. " Jawab Saham sambil mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Allaah s.w.t."



*Jangan pernah persoalkan mengapa kita DIUJI, kerana sudah sememangnya TARAF kita bergelar hamba Allaah (Abdullah) LAYAK diuji.




Thursday, 8 December 2011

•٠·˙hijab itu fitrah??◕‿◕˙·٠•

Pada suatu hari...


huh..huh..huh..
* Nurul : fuhh (sambil mengesat peluh)...sampai pon ke kedai Mak Cik Zah..
* Nurul : Assalamualaikum ! Mak Cik Zah?
* Mak Cik Zah : Waalaikummussalam !Oh,Nurul baru habis berjoging?Nak satu air botol mineral macam biasa?
* Nurul : Yes Mak Cik Zah..please !huhu


Mak Cik Zah pun menghidangkan botol air mineral di atas kabinet..di atas kabinat tu terdapat 4 botol air mineral yang dijual pada harga yang sama..tetapi, botol2 tersebut sudah di label dengan nombor..setiap botol tu mempunyai ciri-ciri yang berlainan...botol yang berlabel no.1 mempunyai jumlah air yang sedikit dan tidak bertutup..botol yang ke 2 tidak mempunyai penutup, tetapi kuantiti air di dalam botol itu masih penuh..manakala botol yang ke 3,sama seperti botol no.1, cuma botol yang ke 3 tu mempunyai penutup.Dan botol yang ke 4 lak mempunyai jumlah air yang masih penuh, dan bertutup.






* Mak Cik Zah : Hah!Pilih nak mana satu.Harga sama ye Nak!Semua RM1.20 sebotol.
* Nurul : (urk...strange btul Mak Cik Zah ni..hurm..?Think!think!)


Akhirnya Nurul pun memilih botol air yang berlabel no.4,setelah selesai membayar harga sebotol air mineral tu, Nurul lekas-lekas ingin pulang ke rumah, tetapi Mak Cik Zah menghalangnya.Nurul yang kelihatan terpinga-pinga mula bertanya kepada Mak Cik Zah.


* Nurul : Kenapa Mak Cik Zah halang Nurul balik?kan Nurul dah bayar air mineral tu tadi...
* Mak Cik Zah : Mak Cik tahulah..Mak Cik saja nak tanya, kenapa Nurul pilih botol no.4?


* Nurul : Laa..senang jer.Botol no.1 dan 2 ni tak de penutup botol.Takkanlah Nurul nak minum air yang terdedah dan tercemar ni.Tak sihatlah Nurul nanti.(dengan wajah sedih).
Lagi satu, ayah Nurul cakap, makanan atau minumam yang terdedah, tak ditutup, nanti syaitan yang makan atau minum..(sambil berbisik)


* Nurul : Lepas tu, air no.3 ni pulak sama macam no.1, kuantiti airnya kurang..hurm.Mungkin dah ada orang minum.Takkanlah Nurul nak beli sisa minuman orang lain.Kalau tak pun, air tu memang tinggal sikit, tak berbaloilah kalau Nurul beli dengan harga RM1.20.
* Nurul : Mestilah Nurul nak air yang paling elok, paling bersih antara semua air tadi...
(dengan wajah gembira)


* Mak Cik Zah : ohohoho !Sebenarnya Mak Cik Zah yang minum air no.1, 2, 3 tu.Ho...ho..ho..(dengan senang hati Mak Cik Zah berkata)
* Nurul : Owh, patutlah..no wonder...


* Mak Cik Zah : Hakikatnya manusia ini memang fitrahnya suka akan kecantikan dan keelokan, kan?Kalau makan, nak yang paling sedap.Kalu jodoh, nak yang paling cantik.Kalau kereta, nak yang paling mewah.Semua nak yang baik-baik belaka...
* Mak Cik Zah : Nurul pilih air tu pun sebab yang paling bersih, Nurul sebut tadi, kan?




Tapi, mereka tak sedar bahawa hukum hijab seperti menutup aurat, jaga ikhtilat, tunduk pandangan mata, semuanya adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang suka akan keelokan.
Malangnya, manusia sendiri, terutama wanita, dah mengenepikan perintah wajib hijab.Padahal itu bertentangan dengan fitrah manusia...
seperti cerita ini :~


Hamba Allah : Kak,..ooo kak!Pakai stokin, kak.Menurut mazhab Syafi'ie, kaki itu aurat kak!
Hamba Allah2 : Alaa...Relax aaa.Pergi kedai runcit SEKEJAP je pun!
Hamba Allah : Aaa..yelah! Kalau umur Akak tak panjang, depan Allah nanti Akak nak jawab apa?


* Nurul : uih...pelik??tiba-tiba Mak Cik Zah sentuh pasal hijab?and then, cerita pasal hamba Allah lak...apa kaitan dengan botol lak Mak Cik Zah?
* Mak Cik Zah : Aaah...kamu dengar sini, Analogi botol mineral...


to be continue...nantikan part 2 ye..:)



Sunday, 9 October 2011

wanita dan...

Bismilahirrahmanirrahim.


Al-kisah...ada seorang gadis ini bernama Atikah.Dia seorang yang anak gadis yang sopan-santun dan lemah-lembut.Dia juga seorang anak yang taat pada perintah ibu bapa dan berbudi pekerti yang tinggi.
ketika di rumah...


* Atikah : Ayah..ayah nak minum apa?kopi?Teh?Teh O?Susu?
* Ayah : Tak pelah..tak payah susah-susah..milkshake satu pun cukuplah...huhu
* Atikah : Baik ayah..:)



Begitulah sikap Atikah..dia seorang anak yang taat terhadap ibu bapanya.Di samping itu,dia juga memiliki wajah yang manis.Hasilnya,adik-beradik Atikah selalu mencemburui kelebihannya itu...


Akan tetapi..sudah menjadi lumrah dunia,setiap makhluk yang bergelar manusia pasti memiliki kelemahan..begitu jugalah dengan Atikah..
Hmm..dan apakah kelemahannya itu???

HAHAHA...HAHAHA..HAHAHA...

Oh tidakkkk!!!dia suka ketawa besar!


Di sekolah pun sama...
Apabila Atikah berkumpul dengan kawan-kawannya,mereka pasti akan berjenaka...Pada setiap kali itu jugalah dia akan ketawa besar.


* Atikah :Huarghh...hahaha!kelakarnya!hahaha!


Tanpa disedarinya,dia telah menakutkan orang-orang di sekelilingnya.
Apabila dia menyedari kawan-kawanya menjauhkan diri..


* Atikah : Ups!saya tergelak kuat lagi,ya?maaf..


Sudah banyak kali dia ditegur oleh kakaknya..tetapi sukar benar bagi Atikah untuk mengubah tabiat buruknya itu.


* kakak : Oit,buruklah anak dara ketawa gitu ! (smbil menyekeh kepala adiknya,Atikah)


padanlah,cara kakaknya tegur pun tak betul..!


(p/s : Jangan tegur orang dengan cara ini.kalian akan memburukkan lagi keadaan.tegurlah secara berhemah)


Sehinggalah pada suatu hari,di kelas mata pelajaran Akhlak..


* Ustazah : Umat Islam dilarang ketawa besar kerana ia merupakan punca hati menjadi keras.


ketika itu..Atikah berfikir...
Hati keras?Apa tu?Hati yang tak boleh dihancurkan dengan apa cara sekalipun ke? (sambil membayangkan kapak,pedang,tombok tuk memecahkan jika hati menjadi keras)


# Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik.Senyum Rasulullah S.A.W. itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.


# Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin."


# Menurut Imam Hasan Al-Banna, ketawa yang hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yang sedikit dan beradab (krn ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang), manakala ketawa yang "haram" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan hati.


# Rasulullah S.A.W. telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda : 
"Kalaulah kamu tahu apa yanh aku ketahui,nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa."


Setelah sekian lama mengkaji barulah Atikah menemui jawapannya..


Keras hati bererti hati kita sudah tertutup daripada menerima Hidayah dan Inayah-Nya.Ianya sangat menyesatkan ! Semenjak itu, Atikah banyak menangis..dan hanya tersenyum tuk menggantikan ketawanya.. :)


Akhirul kalam..Oleh sebab tabiat buruk Atikah sudah berubah..ramai memuji sikapnya dan dapat bergaul rapat dengannya..


* Orang Ramai : Haa..macam ni kan bagus ! Macam Rasulullah S.A.W. yang sentiasa menggantikan ketawa dengan senyuman.


Alhamdulilah..akhirnya Atikah pun berubah menjadi insan yang lebih baik..


~> Sesiapa yang banyak ketawa di dunia, nescaya dia akan banyak menangis di akhirat..
manakala sesiapa yang banyak menangis di dunia, nescaya dia akan banyak ketawa di akhirat kelak.<~






.

Friday, 7 October 2011

Diriku bunga yang bagaimana?~




Petang semalam terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku BUNGA idaman para mujahid...Bunga idaman AGAMA! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.Aamiin.

Hamba Allah dalam meniti kehidupannya




Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya.

Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apakat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allahni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dengan lidah yang fasih akan:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
*WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP