Sunday, 23 June 2013

=.=

Bismillah..

~Hati hiba mengenangkan dosa- dosa yang ku lakukan~

Tatkala ketika keluar rumah dengan tidak memakai stoking, mata terus menangis melihat lelaki seperti ayah dan abang/adik, (masih belum bersuami lagi.. hehe) terpaksa menanggung dosa kita sendiri disebabkan tidak menutup aurat ;( , kemudian, tekad masuk ke dalam rumah semula dan keluar dengan memakai stoking di kaki. Bayangkan jika sebuah keluarga tu semua ahli keluarga mereka tidak menutup aurat.. Allah. Moga Allah sentiasa memelihara hamba-hambanya daripada melakukan perkara sedemkian.

              Artikel di bawah ini bukanlah untuk memperkecilkan kaum wanita, sebaliknya memastikan kaum lelaki dan wanita turut sama memainkan peranan mereka sebagai seorang muslim.



4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA 

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki
bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada
akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim
apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya
ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya,
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat,
maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau
anak harus memainkan peranan masing-masing.


*sumber : ammy

Friday, 29 March 2013

kuatnya iman sang pemuda

بسم الله الرحمن الرحيم


Kedengaran pancuran air di bilik mandi, tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda bersiap- siap menyahut panggilan azan subuh. Usai berpakaian dan berwuduk berjalanlah dia menuju rumah Allah s.w.t.


      Tiba- tiba dia terjatuh sehingga pakaiannya comot. Lantas dia bangkit dan kembali semula ke rumahnya. Selepas menukarkan baju dia berwuduk lagi, lalu meneruskan perjalanan ke masjid. Malang tidak berbau, dia kembali jatuh di tempat yang sama. Cepat- cepat dia bangkit dan kembali ke rumah demi menukar pakaian yang lain. Dia mengambil wuduk yang baru buat kali ketiga.

    Setengah perjalanan menuju, dia bertemu dengan seorang lelaki tua memegang lampu. Pemuda  itu menegur orang tua itu. Si tua itu memulakan bicaranya, " saya lihat kamu sudah dua kali terjatuh ketika menuju masjid dan kerana itu saya membawakan lampu supaya dapat menenrangi perjalanan kamu." Pemuda itu terkejut dan dengan segaris senyuman dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan si tua itu. Sampailah mereka berdua di masjid, pemuda itu mengajak si tua itu untuk bersolat bersamanya. Lelaki tua itu menolak, namun si pemuda itu mengajak lagi buat kali kedua, si tua tetap memberikan jawapan yang sama.

      Akhirnya, orang tua itu mengaku dia adalah syaitan yang direjam. Sungguh terkejut pemuda itu. Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, aku lah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, tanpa kamu ketahui Allah s.w.t. telah memaafkan semua dosamu.

     "Tanpa berputus- asa aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itu pun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu memutuskan untuk kembali ke masjid. Dan kerana itu Allah s.w.t. telah memaafkan dosa- dosa seluruh ahli keluargamu. Aku tidak meneruskan perbuatanku kerana khuatir Allah s.w.t akan memaafkan dosa- dosa seluruh penduduk kampungmu. Jadi kerana itulah aku perlu memastikan kamu sampai ke masjid dengan selamatnya, " ucap si iblis itu lagi.


*Gigihnya pemuda itu mengejar ganjaran pahala bersolat di masjid  walaupun terpaksa berulang kali.
sumber--> media cetakan, 29/3/2012,

Monday, 25 March 2013

alangkah baiknya jika..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada seorang lelaki sedang nazak. Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar difahami oleh orang lain. Katanya, "Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, alangkah baiknya kalau banyak." Shabat tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya kepada Rasulullah s.a.w., sabda Rasulullah :

Yang Pertama : Semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh rotinya yang dimakan kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh roti tiu, Allah tunjukkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata, " Alangkah baiknya kalau semua."

Yang Kedua : Lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dengan seorang orang tua yang kesejukan. Lantas dia memberikan bajunya yang tidak seberapa baru kepada orang tua itu dengan hati yang ikhas. Allah telah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah itu. Kerana itulah dia berkata, "Alangkah baiknya kalau baru."

Yang Ketiga : Sabda Rasulullah, satu hari lelaki ini pergi masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambar pergerakannya. Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya bersolat. Malangnya lelaki tua itu seorang Yahudi. Lalu lelaki tua itu menghantar orang tua itu ke rumahnya. Satu tangan yang dipimpin kerana Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. Sebab itulah, lelaki ini berkata, "Alangkahnya baiknya jika banyak."



*Tidaklah akan berkurang harta yang diinfaq/ disedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan mengantikannya dengan berlipat kali ganda.

Friday, 15 February 2013

menangis sangat annoying ke?

Bismillah..

Ahlan wa sahlan semua. :).Alhamdulilah..segala pujian bagi Allah kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini bertatih di bumi yang fana. Tidah tergambar kehidupan di dunia ini tanpa-MU..SubhanaAllah.. :)may Allah bless evertyhing for us..Aamin.  
Act., da lame tak bersua muka dengan blog niy.. maybe malas nak menaip o maybe juga tengah bz, hehee.. aryni pun kembali menaip kerana ad sedikit masa tuk menaip.. klau x, memang mata niy kat tv je lah jwbnyer.. hehe. Erm back balik kat tajuk kat atas niy..
Menangis itu sangat annoying ke?Erm,, maybe bagi sesetengah orang mungkin YA, but not me.Bagi saya, menangis itu sifat seseorang dalam meluahkan isi hati dan rasa yang terpendam dalam kalbu gitu, hehehe.., 
 dan Tak semestinya menangis ini juz tuk manusia je.. tapi, yang paling penting dan terutama adalah untuk-NYA.. sebab, menangis juga salah satu sifat dan nikmat yang Allah beri kepada manusia..dan kita sebagai manusia..harus menghargai nikmat yang diberi-Nya, ;)

 Dan ini lah diri saya : >>


**Bila kita sedih, kita akan menangis untuk lebih tenang..
Bila kita marah, kita akan menangis untuk redakan rasa itu..
Bila kita terasa hati, kita menangis supaya kita tak buat dosa dengan mengumpat..
Bila kita rasa benci, kita menangis supaya kita benci dengan perbuatan kita sendiri..
Bila kita buat dosa. kita menangis kerana kita buat Allah murka..



* Pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"(Riwayat Ahmad dan Nasai).

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts




Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP