Thursday 8 December 2011

kita pun berdosa?? ღ✦ღ

Bismillahirrahmanirrahim.


First of all, entri yang saya akan post kan ini bukan cerita mengenai saya...but, i really like it with this story...however..sharing is caring, right?huhu..okay let's read...hope you all like it. :)




Kenapa orang kecilkan hati kita ? Kita pula yang berdosa ?
Then I asked my dad why.


Ayah : Jika seseorang menghina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga akan berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar daripada dosa dia.


...Anak : Uikkk... tapi kenapa pulak ? Kita tak buat apa-apa pun.


Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu datang daripada Allah.


Anak : *blurr


Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu ?, Kerana..itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu ? Kerana Dia akan mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tidak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan berkecil hati dengan orang, tetapi berkecil hati dengan Allah.


Anak : Oooo...ok.


Ayah : Lagi parah, bila kita pun cerita dekat kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni..macam itu" dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula cerita dekat kawan-kawan yang lain. "Kesian kawan kita tu..buda tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita kepada Allah itu akan lesap.


Anak : *termakan cili.


kesimpulannya. Jangan mudah terasa hati.Apabila ita sudah terasa hati, Maknanya kita tidak redha dengan ujian Allah. Nanti Allah pun tidak redha dengan kita...Na'udzubillah.


Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullahalazim kerana orang yang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu. :)
Begitu juga apabila kita ditimpa ujian, terimalah dengan hati yang terbuka..kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Allah menguji kita berdasarkan kemampuan kita, Dia tidak akan menguji sesuatu yang diluar kemampuan hambanya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. :)




*p/s : Alhamdulilah..thank you my friend..your story really make me realize of something that happened to me..really appreciate..and as a reward,here..your story.subhanAllah..May Allah bless you my dear. Much love for you :)


•٠·˙hijab itu fitrah??◕‿◕˙·٠•

Pada suatu hari...


huh..huh..huh..
* Nurul : fuhh (sambil mengesat peluh)...sampai pon ke kedai Mak Cik Zah..
* Nurul : Assalamualaikum ! Mak Cik Zah?
* Mak Cik Zah : Waalaikummussalam !Oh,Nurul baru habis berjoging?Nak satu air botol mineral macam biasa?
* Nurul : Yes Mak Cik Zah..please !huhu


Mak Cik Zah pun menghidangkan botol air mineral di atas kabinet..di atas kabinat tu terdapat 4 botol air mineral yang dijual pada harga yang sama..tetapi, botol2 tersebut sudah di label dengan nombor..setiap botol tu mempunyai ciri-ciri yang berlainan...botol yang berlabel no.1 mempunyai jumlah air yang sedikit dan tidak bertutup..botol yang ke 2 tidak mempunyai penutup, tetapi kuantiti air di dalam botol itu masih penuh..manakala botol yang ke 3,sama seperti botol no.1, cuma botol yang ke 3 tu mempunyai penutup.Dan botol yang ke 4 lak mempunyai jumlah air yang masih penuh, dan bertutup.






* Mak Cik Zah : Hah!Pilih nak mana satu.Harga sama ye Nak!Semua RM1.20 sebotol.
* Nurul : (urk...strange btul Mak Cik Zah ni..hurm..?Think!think!)


Akhirnya Nurul pun memilih botol air yang berlabel no.4,setelah selesai membayar harga sebotol air mineral tu, Nurul lekas-lekas ingin pulang ke rumah, tetapi Mak Cik Zah menghalangnya.Nurul yang kelihatan terpinga-pinga mula bertanya kepada Mak Cik Zah.


* Nurul : Kenapa Mak Cik Zah halang Nurul balik?kan Nurul dah bayar air mineral tu tadi...
* Mak Cik Zah : Mak Cik tahulah..Mak Cik saja nak tanya, kenapa Nurul pilih botol no.4?


* Nurul : Laa..senang jer.Botol no.1 dan 2 ni tak de penutup botol.Takkanlah Nurul nak minum air yang terdedah dan tercemar ni.Tak sihatlah Nurul nanti.(dengan wajah sedih).
Lagi satu, ayah Nurul cakap, makanan atau minumam yang terdedah, tak ditutup, nanti syaitan yang makan atau minum..(sambil berbisik)


* Nurul : Lepas tu, air no.3 ni pulak sama macam no.1, kuantiti airnya kurang..hurm.Mungkin dah ada orang minum.Takkanlah Nurul nak beli sisa minuman orang lain.Kalau tak pun, air tu memang tinggal sikit, tak berbaloilah kalau Nurul beli dengan harga RM1.20.
* Nurul : Mestilah Nurul nak air yang paling elok, paling bersih antara semua air tadi...
(dengan wajah gembira)


* Mak Cik Zah : ohohoho !Sebenarnya Mak Cik Zah yang minum air no.1, 2, 3 tu.Ho...ho..ho..(dengan senang hati Mak Cik Zah berkata)
* Nurul : Owh, patutlah..no wonder...


* Mak Cik Zah : Hakikatnya manusia ini memang fitrahnya suka akan kecantikan dan keelokan, kan?Kalau makan, nak yang paling sedap.Kalu jodoh, nak yang paling cantik.Kalau kereta, nak yang paling mewah.Semua nak yang baik-baik belaka...
* Mak Cik Zah : Nurul pilih air tu pun sebab yang paling bersih, Nurul sebut tadi, kan?




Tapi, mereka tak sedar bahawa hukum hijab seperti menutup aurat, jaga ikhtilat, tunduk pandangan mata, semuanya adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang suka akan keelokan.
Malangnya, manusia sendiri, terutama wanita, dah mengenepikan perintah wajib hijab.Padahal itu bertentangan dengan fitrah manusia...
seperti cerita ini :~


Hamba Allah : Kak,..ooo kak!Pakai stokin, kak.Menurut mazhab Syafi'ie, kaki itu aurat kak!
Hamba Allah2 : Alaa...Relax aaa.Pergi kedai runcit SEKEJAP je pun!
Hamba Allah : Aaa..yelah! Kalau umur Akak tak panjang, depan Allah nanti Akak nak jawab apa?


* Nurul : uih...pelik??tiba-tiba Mak Cik Zah sentuh pasal hijab?and then, cerita pasal hamba Allah lak...apa kaitan dengan botol lak Mak Cik Zah?
* Mak Cik Zah : Aaah...kamu dengar sini, Analogi botol mineral...


to be continue...nantikan part 2 ye..:)



copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP