Sunday 22 April 2012

keberkatan seutas rantai

Salam'alaik semua..Alhamdulilah, ringan sungguh tangan niy nak menaip sebuah cerita untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca..
Nak tahu post kali niy menceritakan tentang sape, kenape  dnn sebagainye..jom kita baca dan ikuti cerita niy..

*cerita ini bukan rekaan semata-mata*


"Mengikut Jabir bin Abdullah Al-Anshari, pada suatu hari setelah menunaikan solat, Rasulullah s.a.w. duduk menghadap kiblat dan para sahabat duduk di sekelilingnya. Maka datanglah seorang Arab Badwi yang sudah lanjut usia dan badannya nampak sangat lemah. Dia hanya memakai jubah yang lusuh. Rasulullah s.a.w segera bertanya kepadanya. Dengan bibir yang gementar orang tua itu menjawab : "Ya Rasulullah s.a.w., aku sangat lapar. Tolonglah, berikan aku makanan. Aku juga hampir telanjang, tidak mempunyai pakaian selain yang sedang aku pakai ini. Tolonglah, berikan aku pakai seadanya."

"Malangnya, aku tidak mempunyai apa- apa. Tetapi, orang yang menunjukkan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukannya. Cubalah engkau pergi kepada orang yang dicintai Allaah s.w.t. daripada dirinya sendiri, "dia adalah Fatimah r.a, puteriku. Rumahnya dekat sekali dengan rumahku." Jawab Rasulullah s.a.w sambil berkata kepada Bilal bin Rabbah r.a agar menghantar orang tua itu ke rumah Fatimah r.a.

Sebaik sahaja tiba di rumah Fatimah r.a, dengan suara serak orang tua itu memanggil : "Wahai Ahlul Bait Nubuwwah, wahai keluarga Nabi, wahai penghuni tempat yang sering didatangi malaikat, tempat Jibrail a.s. turun membawa wahyu!"

Apabila mendengar suara parau seperti itu, Fatimah r.a. segera keluar. Setelah mengucapkan salam, dia bertanya : "Tuan ini siapa?"

Aku seorang Badwi yang telah tua. Aku datang dari tempat yang jauh, baru sebentar tadi aku berjumpa dengan ayahmu, wahai puteri Nabi. Aku sangat lapar dan tidak mempunyai pakaian. Tolonglah aku, semoga Allaah s.w.t. melimpahkan rahmat-Nya kepadamu." Katanya dengan penuh mengharap.

Melihat orang tua itu memandang wajahnya terus-menerus, Fatimah r.a. menjadi serba salah. Dia bingung memikirkan apa yang dapat diberikan. Dia sendiri bersama suaminya sudah tiga hari berpuasa kerana tidak mempunyai bekalan makanan.

Dia sangat hairan, mengapa ayahandanya menyuruh orang itu datang ke rumahnya. Padahal Baginda s.a.w tahu betapa susahnya kehidupan yang dialaminya sehari-hari. Tetapi apabila melihat keadaan orang tua yang sangat menagih belas kasihan, Fatimah r.a. tidak dapat membiarkannya. Dia mencari-cari sesuatu yang mungkin dapat diberikan. Akhirnya, diambilnya sehelai kulit kambing alas tidur puteranya, kemudian diberikan kepada orang tua tersebut.

Oang tua itu merasa hairan menerima sehelai kulit kambing, padahal yang diminta adalah makanan untuk menghilangkan lapar dan pakaian untuk menutup aurat. Dengan nada seolah-olah menyesal dia berkata, "Wahai puteri Muhammad, aku datang kepadamu kerana aku lapar dan hampir telanjang. Tetapi, engkau berikan kepadaku sehelai kulit kambing, apa yang boleh aku buat dengan kulit kambing ini?"

Dalam keadaan malu, sedih dan bingung, Fatimah r.a teringat, bahawa dia masih mempunyai benda berharga, seutas rantai yang dihadiahkan  oleh ibu saudaranya, iaitu puteri Hamzah bin Abdul Mutalib, yang juga bernama Fatimah.

Tanpa berfikir panjang lagi, rantai lehernya dibuka lalu diserahkan kepada orang tua itu sambil berkata dengan nada yang ramah dan penuh keikhlasan,"Ambillah ini, mudah- mudahan Allaah s.w.t. mengantikannya dengan yang lebih baik."

Dengan air muka cerah dan berseri-seri orang tua itu membawa seutas rantai ke masjid, tempat Rasulullah s.a.w. berkumpul dengan para sahabatnya. Orang tua itu memberitahu kepada baginda bahawa Fatimah r.a. telah memberinya seutas rantai disertai ucapan," Mudah-mudahan Allaah s.w.t mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik."

Mendengar itu, Rasulullah s.a.w tidak dapat menahan perasaannya sehingga mengeluarkan air mata.

Ammar bin Yasir r.a, salah seorang sahabat yang meyaksikan peristiwa yang sangat mengharukan itu. Dia bertanya,"Wahai Rasulullah s.a.w, bolehkah aku membeli rantai itu?"

Sambil menyapu air mata di pipi, baginda menjawab, "Belilah, jika engkau mahu, wahai Ammar."

Berapa engkau akan jual rantai ini?" Tanya Ammar kepada orang tua yang menerima rantai tersebut daripada Fatimah r.a.

Sama nilai dengan beberapa keping roti dan daging yang dapat menghilangkan rasa laparku, sehelai kain sebagai penutup aurat agar aku dapat menunaikan solat menghadap Tuhanku dan wang satu dinar untuk bekal perjalananku pulang." Jawabnya.

"Baiklah, rantaimu aku beli dengan harga 20 dinar dan 100 dirham serta akan kuberikan roti dan daging untuk menghilangkan laparmu." Kata Ammar. Selain itu, engkau juga akan kuberikan pakaian dan seekor unta untuk pulang kepada keluargamu."

"Alangkahnya baiknya hati kamu!" Kata orang tua itu. Sinar matanya memancar perasaan gembira yang luar biasa menerima tawaran Ammar. Kemudian Ammar membawa orang tua itu ke rumah untuk menerima semua yang dijanjikan.

Setelah semua urusannya selesai, dia kembali menghadap Rasulullah s.a.w dengan perut yang kenyang dan berpakaian rapi serta mengenderai unta. Baginda segera bertanya sambil tersenyum : "Bagaimana keadaan kamu sekarang?Sudahkah engkau kenyang dan cukup pakaian?"

"Ya, wahai Rasul Allaah, aku rasa lebih daripada itu. Bahkan aku sekarang merasa sudah kaya." Katanya dengan gembira.

"Jika begitu, balaslah kebajikan Fatimah r.a terhadap dirimu." Pinta Rasulullah s.a.w.

Lalu orang tua itu segera memandang langit sambil mengangkat tangan : Ya Allaah, yang tiada kusembah selain Engkau. Berilah Fatimah r.a sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga!"

Mendengar doa orang tua itu, Rasulullah s.a.w menoleh kepada para sahabat yang ada di sekelilingnya sambil berkata :

"Sesungguhnya di dunia ini Allaah s.w.t telah memberi kepada Fatimah r.a apa yang dipohonkan oleh orang tua itu. Dia mempunyai ayah seperti aku, seorang utusan Allaah kepada seluruh umat manusai dan alam semesta. Dia diberi seorang suami, iaitu Ali bin Abi Talib r.a yang tiada lelaki setanding dengannya sebagai suami dan Allaah s.w.t telah mengurniakan kepadanya dua orang anak lelaki, iaitu hasan r.a dan husain r.a. Tidak ada anak lain yang menyamai mereka berdua. Kedua-duanya adalah cucu seorang nabi dan akan menjadi pemuda ahli syurga." Setelah berhenti sekejap, baginda berkata lagi:" Apakah kalian masih ingin mendengar tentang kebesaran puteriku, Fatimah?"

Para sahabat menyahut serentak : "Benar, ya Rasulullah!" Kemudian baginda meneruskan kata-katanya :" Telah datang ke[adaku roh suci (JIbrail a.s) memberitahuku, ketika meninggal dunia, di dalam kuburnya, Fatimah r.a akan didatangi oleh malaikat dan akan ditanya :" Siapa Tuhanmu?" Fatimah r.a menjawab :" Allaah Tuhanku." "Siapa Nabimu?" Dia akan menjawab : "Ayahkulah Nabiku." Kata Rasulullah s.a.w sambil  menambah bahawa Allaah s.w.t telah memerintahkan malaikat supaya melindungi Fatimah r.a dan sentiasa menyertai hidupnya hingga didatangi ajal.

Seutas rantai yang telah dibeli oleh Ammmar bin Yasir r.a daripada orang Badwi tersebut segera dibungkus dengan kain disertai wangian. Dia memerintahkan hambanya, bernama Saham supaya menyerahkan bungkusan itu kepada Rasulullah s.a.w dengan pesan, " Berikan bungkusan ini kepada Rasulullah s.a.w dan sekali gus engkau aku serahkan juga kepada baginda."

Rasulullah s.a.w sangat terkejut apabila menerima bungkusan yang didalamnya terdapat seutas rantai dan pesanan seperti itu. Lalu baginda berkata kepada Saham: "Pergilah kepada Fatimah r.a dan serahkan bungkusan yang berisi rantai ini kepadanya. Engkau juga kuserahkan kepadanya."

Tanpa bertanya lagi, pergilah Saham menemui Fatimah r.a di rumahnya dan menyerahkan bungkusan tersebut kepadanya. Fatimah r.a menerima bungkusan tersebut dengan perasaan syukur kepada Allaah s.w.t. Mengenai diri Saham, puteri Rasul Allaah s.w.t berkata: "Dan engkau wahai Saham, mulai saat ini aku merdekakan."

Betapa gembiranya Saham apabila mendengar kata-kata Fatimah r.a itu. Dia ketawa kerana itulah hadiah yang paling berharga sepanjang hidupnya. Fatimah r.a bertanya, "Mengapa engkau ketawa?"

"Aku ketawa kerana merasakan betapa besarnya berkat seutas rantai. Ia telah mengenyangkan perut seorang yang kebuluran, menutup aurat orang yang hampir telanjang, membuat orang miskin merasa kaya dan sekarang rantai tersebut memerdekakan seorang hamba sepertiku. " Jawab Saham sambil mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Allaah s.w.t."



*Jangan pernah persoalkan mengapa kita DIUJI, kerana sudah sememangnya TARAF kita bergelar hamba Allaah (Abdullah) LAYAK diuji.




copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP