Friday 29 March 2013

kuatnya iman sang pemuda

بسم الله الرحمن الرحيم


Kedengaran pancuran air di bilik mandi, tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda bersiap- siap menyahut panggilan azan subuh. Usai berpakaian dan berwuduk berjalanlah dia menuju rumah Allah s.w.t.


      Tiba- tiba dia terjatuh sehingga pakaiannya comot. Lantas dia bangkit dan kembali semula ke rumahnya. Selepas menukarkan baju dia berwuduk lagi, lalu meneruskan perjalanan ke masjid. Malang tidak berbau, dia kembali jatuh di tempat yang sama. Cepat- cepat dia bangkit dan kembali ke rumah demi menukar pakaian yang lain. Dia mengambil wuduk yang baru buat kali ketiga.

    Setengah perjalanan menuju, dia bertemu dengan seorang lelaki tua memegang lampu. Pemuda  itu menegur orang tua itu. Si tua itu memulakan bicaranya, " saya lihat kamu sudah dua kali terjatuh ketika menuju masjid dan kerana itu saya membawakan lampu supaya dapat menenrangi perjalanan kamu." Pemuda itu terkejut dan dengan segaris senyuman dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan si tua itu. Sampailah mereka berdua di masjid, pemuda itu mengajak si tua itu untuk bersolat bersamanya. Lelaki tua itu menolak, namun si pemuda itu mengajak lagi buat kali kedua, si tua tetap memberikan jawapan yang sama.

      Akhirnya, orang tua itu mengaku dia adalah syaitan yang direjam. Sungguh terkejut pemuda itu. Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, aku lah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, tanpa kamu ketahui Allah s.w.t. telah memaafkan semua dosamu.

     "Tanpa berputus- asa aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itu pun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu memutuskan untuk kembali ke masjid. Dan kerana itu Allah s.w.t. telah memaafkan dosa- dosa seluruh ahli keluargamu. Aku tidak meneruskan perbuatanku kerana khuatir Allah s.w.t akan memaafkan dosa- dosa seluruh penduduk kampungmu. Jadi kerana itulah aku perlu memastikan kamu sampai ke masjid dengan selamatnya, " ucap si iblis itu lagi.


*Gigihnya pemuda itu mengejar ganjaran pahala bersolat di masjid  walaupun terpaksa berulang kali.
sumber--> media cetakan, 29/3/2012,

Monday 25 March 2013

alangkah baiknya jika..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada seorang lelaki sedang nazak. Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar difahami oleh orang lain. Katanya, "Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, alangkah baiknya kalau banyak." Shabat tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya kepada Rasulullah s.a.w., sabda Rasulullah :

Yang Pertama : Semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh rotinya yang dimakan kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh roti tiu, Allah tunjukkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata, " Alangkah baiknya kalau semua."

Yang Kedua : Lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dengan seorang orang tua yang kesejukan. Lantas dia memberikan bajunya yang tidak seberapa baru kepada orang tua itu dengan hati yang ikhas. Allah telah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah itu. Kerana itulah dia berkata, "Alangkah baiknya kalau baru."

Yang Ketiga : Sabda Rasulullah, satu hari lelaki ini pergi masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambar pergerakannya. Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya bersolat. Malangnya lelaki tua itu seorang Yahudi. Lalu lelaki tua itu menghantar orang tua itu ke rumahnya. Satu tangan yang dipimpin kerana Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. Sebab itulah, lelaki ini berkata, "Alangkahnya baiknya jika banyak."



*Tidaklah akan berkurang harta yang diinfaq/ disedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan mengantikannya dengan berlipat kali ganda.

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP