Saturday, 5 November 2011

•٠·˙..hakikat bahagia..◕‿◕˙·٠•


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu
suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan,
Bila hati mengingati Tuhan..

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran


~..kalau kamu mencari kebahagian, itu pasti akan kamu temukan..,tapi, 
kalau kamu bersyukur dengan apa yang kamu terima..
itulah KEBAHAGIAN yang sesungguhnya..
Insha-Allah..~

*p/s : ketenangan datang menerjah di kala mendengar alunan nasyid ini..SubhanaAllah..really awesome! May Allah bless us..Aamiin.

Wednesday, 2 November 2011

♥ You And Rose ♥

CINTA..
Seperti cintaku saat ini yang ku punya.
Cinta sejati adalah suatu janji nan suci yang ada di hati, di bawah naungan Ilahi Robbi.
Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca.
Namun takkan terpisah oleh jarak, takkan berubah oleh waktu.
Sedetik dimata, selamanya di jiwa.
Abadi untuk selamanya.
Doa dijiwa adalah penawar kerinduan yang ada dan Allah adalah tujuannya.



Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir pada-Mu..
Jika cinta adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami..
Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu..
Jika cinta adalah air mata, maka jadikanlah air mata taubat pada-Mu....



*p/s : miss him so much...may Allah bless Him everyday and everytime..Insha-Allah.



Sunday, 30 October 2011

✿ menjaga hati ✿

Bismilahirrahmanirrahim..




~ > Kenapa wanita harus membiarkan air mata  mengalir?
Kerana..air mata adalah identiti wanita..air mata juga adalah kehidupan wanita.. 
Maka, biarkanlah ia mengalir menyusuri lurah- lurah di pipi dan mengikis sesak di hati.
Dengan air mata itu jugalah akan melarutkan kesedihannya..< ~


akan tetapi..ketahuilah batasmu ketika menangis wahai hawa..
menangislah ketika hati tidak tertahan menanggung sesak..
menangislah...
pabila dirimu  menangis...ingatilah Allah selalu..
kerana Allah sentiasa bersama dengan hambanya..

"Dan jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah  berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kamu kafir." Qs Yusuf  (12) :87



~ღღ~When I cry..
I see you in my tears,but I clean my tears..
therefore, no one can see you ~ღღ ~



*p/s :~MENJAGA HATI~
"Hatiku adalah hati wanita, mudah tersentuh dan terurai..maka jagalah hatiku dengan sepenuh hati"

Friday, 14 October 2011

♥surat cinta untuk calon suamiku♥

Kepada calon suamiku..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh..

Dear calon suamiku..
Apa khabar imanmu hari ni?
Sudahkah harimu ini di awali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?
Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini kau genggam? 

Wahai calon suamiku..
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyat?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak 
menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.
Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergah diriku..
namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang aku tertanya-tanya..kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku.
bagaikan terapuh diriku...namun kini,aku tahu jawapannya..
Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya..
Ujian demi ujian,Insya-Allah membuatku lebih kuat dan teguh,
sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memilikiku di hatimu..

Calon suamiku..
Entah bagaimana dirimu sekarang..
tapi diriku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang kuat dan teguh,
hingga dirikupun bangga memilikimu kelak.

Apa yang ku harapkan darimu adalah kesolehanmu.
Semoga dirimu juga turut mengharapkan yang sama dengan diriku..
Kerana, apabila kecantikan yang kau harapkan dariku..
kamu cuma mendapatkan sia-sia sahaja.

Diriku masih haus akan ilmu..
Namun, berbekalkan ilmu yang ada saat ini..
aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu...
suamiku.

Wahai calon suamiku..
Saat diriku masih menjadi asuhan ayahanda dan bondaku..
doaku hanya berharap agar diriku menjadi anak yang solehah,
kelak dapat menjadi tabungan kepada mereka di akhirat.
Namun nanti..setelah menjadi isterimu,
aku berharap menjadi pendamping yang solehah,
agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu,
mendampingi dirimu yang soleh.

Diriku ini merupakan seorang pencemburu berat..
tetapi, jika Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada ku,aku rela.
Aku berharap begitu juga dengan dirimu.
Aku yakin..kaulah yang ku perlukan,

Calon suamiku yang dirahmati Allah..
Apabila sebuah pondok menjadi perahu pernikahan kita,
takkan kunamai dengan pondok derita..
kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah
ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih..

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita,
bantulah diriku dalam mendidiknya dengan harta yang halal,
dengan ilmu yang bermanfaat terutama dengsn menanamkan dalam diri mereka
ketaatan kepada Allah Taala..

Bunga akan indah pada waktunya..
iaitu ketika berkembang mekar menghiasi taman.
maka kini,tengah kupersiapkan diri ini sebaik- baiknya..
bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik,
meski bukan umat yang terbaik,tapi..
setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku..
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata.
seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan 
dapat diungkapkan dengan kata- kata.
Itulah yang kuhadapi,
kelak saat kita tengah bersama..
maka di situlah kau akan memahami diriku..
dan diriku juga turut akan belajar memahami dirimu..


Bersabarlah calon suamiku...
Doaku selalu..
Agar Allah memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai bidadari.Aamiin.






Antara dulu & kini..jahiliyah..!



* JAHILIYAH DAHULU :
Wanita- wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih, pada bila-bila masa yang disukainya...


JAHILIYAH MODEN :
Usahkan rumah,kini..bilik hotel,kelab malam, malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan yang HARAM.


* JAHILIYAH DAHULU :
Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.


JAHILIYAH MODEN : 
Tidak hairan sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina menjadi amalan mereka.Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskanhawa nafsu semata-mata, sedangkan ia tidak akan pernah kenyang.


* JAHILIYAH DAHULU :
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki- lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan nanti.


JAHILIYAH MODEN :
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti 'sampah'.




# Jelaslah bahawa Jahiliyah moden adalah lebih ekstrem impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan jahiliyah dahulu (sebelum kedatangan islam) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan  dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya..kini, wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya. Adakah anda rela sekiranya pengabaian hukum hijab ini terus berlaku? Jika tidak, kekalkan hijab anda dan bantu mereka yang di sekelilinng anda untuk menyelami kata hijab yang sebenar...






^ sumber : ustazah syaqilla. ^

Sunday, 9 October 2011

wahai hawa..rambutmu

Bismillahirrahmanirrahim.


Wahai  Hawa..jagalah rambutmu dari pandangan lelaki ajnabi..kerana, rambut merupakan mahkota yang bernilai bagi seorang wanita...
ketahui lah..apabila seorang lelaki mengahwini kamu..perkara pertama yang dia ingin melihat ialah rambutmu..jadi, jagalah rambutmu wahai kaum Hawa, biarkanlah rambutmu itu dilihat oleh seorang lelaki yang sah menjadi milikmu kelak..iaitu lelaki yang bergelar suami..


Satu Helai rambut yang dilihat oleh seorang lelaki yang bukan mahram = Menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita


2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 7000 patukan
...jika semua helai rambut + semua lelaki bukan mahram = ??? patukan..




nauzubillah..


...jagalah aurat kamu wahai kaum Hawa, sebelum terlambat
Berdoalah supaya Allah S.W.T. menjauhkan kita daripada Azab-Nya yang cukup dahsyat.


Aamiin.





wanita dan...

Bismilahirrahmanirrahim.


Al-kisah...ada seorang gadis ini bernama Atikah.Dia seorang yang anak gadis yang sopan-santun dan lemah-lembut.Dia juga seorang anak yang taat pada perintah ibu bapa dan berbudi pekerti yang tinggi.
ketika di rumah...


* Atikah : Ayah..ayah nak minum apa?kopi?Teh?Teh O?Susu?
* Ayah : Tak pelah..tak payah susah-susah..milkshake satu pun cukuplah...huhu
* Atikah : Baik ayah..:)



Begitulah sikap Atikah..dia seorang anak yang taat terhadap ibu bapanya.Di samping itu,dia juga memiliki wajah yang manis.Hasilnya,adik-beradik Atikah selalu mencemburui kelebihannya itu...


Akan tetapi..sudah menjadi lumrah dunia,setiap makhluk yang bergelar manusia pasti memiliki kelemahan..begitu jugalah dengan Atikah..
Hmm..dan apakah kelemahannya itu???

HAHAHA...HAHAHA..HAHAHA...

Oh tidakkkk!!!dia suka ketawa besar!


Di sekolah pun sama...
Apabila Atikah berkumpul dengan kawan-kawannya,mereka pasti akan berjenaka...Pada setiap kali itu jugalah dia akan ketawa besar.


* Atikah :Huarghh...hahaha!kelakarnya!hahaha!


Tanpa disedarinya,dia telah menakutkan orang-orang di sekelilingnya.
Apabila dia menyedari kawan-kawanya menjauhkan diri..


* Atikah : Ups!saya tergelak kuat lagi,ya?maaf..


Sudah banyak kali dia ditegur oleh kakaknya..tetapi sukar benar bagi Atikah untuk mengubah tabiat buruknya itu.


* kakak : Oit,buruklah anak dara ketawa gitu ! (smbil menyekeh kepala adiknya,Atikah)


padanlah,cara kakaknya tegur pun tak betul..!


(p/s : Jangan tegur orang dengan cara ini.kalian akan memburukkan lagi keadaan.tegurlah secara berhemah)


Sehinggalah pada suatu hari,di kelas mata pelajaran Akhlak..


* Ustazah : Umat Islam dilarang ketawa besar kerana ia merupakan punca hati menjadi keras.


ketika itu..Atikah berfikir...
Hati keras?Apa tu?Hati yang tak boleh dihancurkan dengan apa cara sekalipun ke? (sambil membayangkan kapak,pedang,tombok tuk memecahkan jika hati menjadi keras)


# Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik.Senyum Rasulullah S.A.W. itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.


# Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin."


# Menurut Imam Hasan Al-Banna, ketawa yang hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yang sedikit dan beradab (krn ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang), manakala ketawa yang "haram" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan hati.


# Rasulullah S.A.W. telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda : 
"Kalaulah kamu tahu apa yanh aku ketahui,nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa."


Setelah sekian lama mengkaji barulah Atikah menemui jawapannya..


Keras hati bererti hati kita sudah tertutup daripada menerima Hidayah dan Inayah-Nya.Ianya sangat menyesatkan ! Semenjak itu, Atikah banyak menangis..dan hanya tersenyum tuk menggantikan ketawanya.. :)


Akhirul kalam..Oleh sebab tabiat buruk Atikah sudah berubah..ramai memuji sikapnya dan dapat bergaul rapat dengannya..


* Orang Ramai : Haa..macam ni kan bagus ! Macam Rasulullah S.A.W. yang sentiasa menggantikan ketawa dengan senyuman.


Alhamdulilah..akhirnya Atikah pun berubah menjadi insan yang lebih baik..


~> Sesiapa yang banyak ketawa di dunia, nescaya dia akan banyak menangis di akhirat..
manakala sesiapa yang banyak menangis di dunia, nescaya dia akan banyak ketawa di akhirat kelak.<~






.

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts





Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP