Thursday, 6 October 2011

kenapa..??



Wahai Hawa,kenapa...???
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat Iman dan Islam itu??Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya??Kenapa engkau masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya??dan kenapa engkau masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya??


Wahai Hawa,sedarlah..
tangan yang mengoncangkan buaian...boleh mengoncangkan dunia,,,sedarlah wahai Hawa..engkau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!yakni orang yang soleh mahupun solehah,,,kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada si suami dalam menengakkan Islam di mata dunia.

Tetapi Hawa...,
jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,dengan ayu wajahmu,dengan lentok tubuhmu.Jangan kau menghentak-hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu,jangan Hawa.Jangan sesekali kau cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..kerana dikhuatiri ia bakal mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah.

BAHANA..!Ia bisa membri kegembiraan pada syaitan..kerana wanita adalah jala syaitan,alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam...Hawa,andai engkau masih remaja,,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,,andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah.


Hawa....,
Andai engkau belum berkhawin,jangan engkau risau akan jodohmu..ingatlah Hawa,janji Tuhan kita,,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang jejaka idaman.Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu,hanya untuk menarik perhatian lelaki dan memikat kaum Adam,kerana..engkau bukan memancing hatinya..tetapi engkau memancing nafsunya.

Wahai Hawa....,
jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan 1 orang jejaka yang bukan mahrammu,kerana dikhuatiri dari mata turun ke hati,dari senyuman membawa ke salam,dan salam cenderung kepada pertemuan,dan dari pertemuan....ditakuti lahirnya nafsu yang menguasai dirimu.

Hawa...,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupamu,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak' tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya.

Tetapi Hawa...,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan agamanya..lelaki yang soleh tidak meninginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya,kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak' juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahupap matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita..yakni perkhawinan.Oleh itu,Hawa..jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,dan pendirianmu...Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cintakan Allah dan memenuhi jiwamu...biarlah hanya cinta kedua-dua ibu bapamu yang memberi kehangatan,kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik2 serta keluarga yang boleh membahagiakan dirimu.


Hawa...,cintailah Allah..dikala susah ataupun senang,kerana engkau akan peroleh cinta dari insan yang mencintai Allah.
Cintailah kedua-dua ibu bapamu..,kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah.Cintailah keluargamu..keranan tiada cinta selain cinta akan keluarga...



~~walahuaallam~

0 comments:

copyright by everything begins with tarbiyah_halwanaurah. Powered by Blogger.

Qoute of the day~

Recitation Quran

Popular Posts




Dakwah tanpa henti, inshaAllah

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP